Pemimpin mesti berintegriti

                  Nampaknya kisah pemimpin yang cuba ‘menyembunyikan’  kelulusan akdemik mereka masih lagi belum reda. Dan keadaan sebegini akan terus berlanjutan sehinggalah sesuatu ‘keadaan’ muncul. Samada mereka memohon maaf secara sukarela dan terbuka atau pun mereka meletakkan jawatan yang dipegang.

                  Sebenarnya rakyat bukan memepersoalkan kelulusan yang diperolehi oleh mereka. Tidak pula yang memiliki degree dari universiti sahaja yang ‘dibenarkan’ oleh rakyat untuk menyandang sesuatu jawatan politik dalam kerajaan. Tidak begitu. Suatu contoh yang amat ketara ialah tentang ‘degree’ yang dimiliki oleh bekas Timbalan Perdana Menteri kita dulu ia itu Tun Ghaffar Baba. Hanya berkelulusan SPM sahaja. Dan beliau terus dihormati dan disanjung tinggi. Dan rakyat tidak pula mempersoalkan tentang kelulusan beliau.

                  Yang menyebabkan rakyat kini terus menerus mempersoalkan tentang kelulusan beberapa orang pemimpin kita bukan kerana kelulusan yang mereka perolehi tetapi ‘hasrat’ awal mereka yang semacam cuba menyembunyikan kelulusan sebenar. Sekiranya dari awal lagi mereka dengan rendah  hati menyatakan tentang kelulusan mereka sebenar maka tentulah tidak timbul ‘kekecuhan’ sebegini.

                  Rakyat Malaysia khususnya orang Melayu masih berpegang teguh kepada integriti seseorang pemimpin. Dan ‘integriti’ sentiasa menjadi bahan rujukan untuk memilih seseorang pemimpin. Dan sudah pun dimulakan di dalam PRK Semenyih dimana sudah ditempatkan pegawai SPRM dan polis di kawasan berkenaan untuk menyaring krdidiliti calon yang bertanding.

                  Dan jangan dilupakan bahawa kredidiliti dan integriti pemimpin yang dipersoalkan ketika ini yang berlaku ke atas beberapa orang pemimpin Bersatu kini akan sentiasa dirujuk pada suatu ketika nanti. Tentulah amat sukar untuk ‘memadamkan’ ingatan rakyat kepada peristiwa yang sedemikian. Sepatutnya pemimpin yang ‘terpalit’ dengan rela hati untuk meletakkan jawatan demi ‘menyelamatkan’ parti dan bangsa Malaysia dari terus tercemar.

abuhassandam

17 Februari 2019

Comments

Popular posts from this blog