PAS CUBA MEMESONGKAN
ISU 90 JUTA
Akhir-akhir ini kelihatan
parti PAS yang kononnya memperjuangkan nasib orang Melayu dan Islam sudah begitu
jauh dari perjuangan asalnya. PAS sudah semacam melupakan tugas dan peranannya
untuk memajukan orang Melayu Islam. PAS sudah semacam sudah tidak berminat lagi
untuk memperkatakan tentang hal-hal yang berkaitan dengan usaha untuk memajukan
orang Melayu.
Apa yang dihebohkan oleh Parti
PAS kini, tidak lebih dari suatu usaha untuk mengalihkan pandangan masyarakat
daripada isu ‘sedekah’ RM 90 juta UMNO kepada PAS kepada peranan ‘wira’ yang
akan dimainkan oleh pemimpn PAS untuk menyokong kepimpinan Tun Mahathir di
Parlimen sekiranya Tun Mahathir menghadapi undi tidak percaya. . Rakyat
Malaysia tidak mudah untuk ‘diputar-belitkan’ dengan keadaan sedemikian
kecualilah segelintir ahli PAS yang sudah biasa ditpu sedemikian.
Soalnya yang menghairankan
rakyat Malaysia kini ialah tentang bilakah yang Tun Mahathir sedang berhadapan
dengan undi tidak percaya itu. Memang kedengaran ‘sosek-sosek’ yang mengatakan
bahawa kononnya Tun Mahathir menghadapi keadaan sedemikian. Tetapi dari segi
realitinya, tidak nampak bukti konkrit. Kepimpinan Pakatan Harapan seolah-olah
bersatu hati menghadapi PRK Semenyih dan sekali gus menampakkan sokongan yang
begitu kuat terhadap kepimpinan Tun Mahathir. Tidak terdetik langsung usaha
untuk mengemukakan undi tidak percaya kepada Tun Mahathir.
Mungkin betul seperti apa yang
dikatakan oleh Saudara Anwar Ibrahim bahawa yang menimbulkan isu berkenaan
ialah kepimpinan PAS sendiri. Ketika menjawab satu soalan wartwan, Anwar
menjelaskan, “ Apa isunya? Kenapa anda bangkitkan apa yang Abdul Hadi mahu?...
Itu usul Abdul Hadi. Biar dia yang buat usul itu’ (Malaysiakini:’ Anwar: Hanya
Hadi Mahu Usul tak percaya Tun M – 22 Februari 2019).
Dalam pertemuan demikian Anwar
juga berkata bahawa spekulasi untuk menjatuhkan Mahathir hanya percubaan PAS
untuk memecahbelahkan Pakatan Harapan. “Sebab mereka gagal teruk (dalam pilihan
raya) dan mereka menyokong rasuah atas nama Islam, satu-satunya pilihan adalah
untuk memecahbelahkan.
Jika
diperinci dan diperhalusi, perjuangan parti PAS adalah dalam suasana
ketidaktentuan. Perbuatan dan tindakan Tuan Guru Haji Hadi Awang memberikan
sokongan kepada Tun M sudah membuktikan bahawa PAS sudah tidak lagi ‘bertulang
belakang’. Sudah tidak diketahui dimanakah letaknya maruah dan kredibiliti PAS
itu sendiri. Ke arah manakah perjuangan PAS hendak dibawa oleh pemimpinnya.
Pemimpin PAS seolah-olah sudah boleh ‘dicucuk’ hidung disebabkan menerima
‘sedekah’ yang begitu ‘lumayan’ dari UMNO sebagaimana yang didakwa oleh the
Sarawak Report itu.
Kini
PAS bersekongkol dengan UMNO dan PAS juga menyokong Tun M. Oleh hal yang
demikian dimanakah letaknya prinsip perjuangan PAS. Pemimpin PAS semacam tidak
malu lagi melakukan perkara-perkara yang sepatutnya tidak dilakukan oleh
pemimpin parti yang berlandaskan Islam. PAS semacam tidak malu menyokong
pemimpin UMNO yang tidak merasa malu melakukan perbuatan yang terkutuk yang
amat dilarang dalam Islam.
Yang
amat menyedihkan ialah apa saja perkara terkutuk yang dilakukan oleh pemipimpin
mereka, maka masih ramai ahli PAS yang masih taksub dan memuja-memuji
kepimpinan mereka. Seolah-olah tidak ada cacat celanya pemimpin mereka di mata
mereka. Pemikiran secara lojik sudah dihumbankan jauh-jauh oleh para penyokong
PAS. Dan begitu juga apa yang diamlkan oleh pengikut UMNO yang masih taksub
kepada pemimpin mereka yang langsung tidak merasa malu dan terhina dengan
perbuatan yang mereka sedar tentang apa yang mereka lakukan.
abuhassanadam
24 Februari 2019
Comments
Post a Comment